Rabu, 28 Disember 2011

PENGHINAAN ATAU IKLAN









Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di 'saf' belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian seperti ini. Berkupiah jenama 'coke'.

Mula mula tengok dekat email, saya tak berapa perasan sebenarnye gambar ni adalah 'orang' sebab yang 'saf' kat belakang tu sama macam botol air yang disusun. Cantik jer. Tapi saya mula perasan bila tengok 'imam' yang dekat depan tu tengah sujud. Nampak tangan. Tergamam aku.

tekan link dibawah :

http://img97.imageshack.us/img97/3122/cocacolalogobackwardsis.png


Perhatikan perkataan 'coca-cola'. Cuba beli satu botol coke dan koyakkan pembalut plastik dan lepas itu terbalik kan. Kita akan dapat lihat tulisan nya akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH. 

Sedarlah wahai sahabat sahabat, bila kita mengucapkan kata-kata TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH, sebenarnya akidah kita dah terpesong. Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam. 

Mereka sering berusaha menghancurkan ISLAM. Dan bila kita lihat balik, sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. Bangsa Yahudi tahu, mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM dengan peperangan dan mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.

TAHUKAH KAMU


TAHUKAH KAMU.....












Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE" Kepada rakan rakan yang lain.:) Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH :)

Jumaat, 23 Disember 2011

TETAPAN PENUH CINTA














Tatapan Penuh Cinta

Ambil Sedikit Masa Anda Untuk Membaca,cukuplah lah sekadar 5 minit.
Semoga kita renungkan bersama....

Pernahkah anda menatap orang-orang terdekat anda ketika saat dia sedang tidur?

Kalau belum, cubalah sekali untuk menatap mereka saat mereka sedang tidur.Saat itu, yang nampak adalah ekspresi paling suci dan paling jujur dari seseorang.Seorang artis yang ketika di pentas begitu cantik dan gemerlap pun boleh nampak biasa dan jauh berbeza jika dia sedang tidur.Orang paling kejam di dunia pun jika dia sudah tidur, tak akan nampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur.
Sedarilah, badannya yang dulu tegap dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah.

Lihatlah ibu anda kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang sukar.
Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang,dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu :

Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya.
Rasakanlah kuasa cinta yang mengalir perlahan disaat menatap wajah bersih yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang tertutup oleh silap faham yang kecil Entah kenapa selalu sahaja nampak besar.

Secara ajaibnya, Allah mengatur agar pengorbanan itu boleh dilihat melalui wajah-wajah jujur mereka semasa sedang tidur.Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.Kakak, adik, anak, dan sahabat yang ada dalam hari-hari suka dan duka bersama kita.Resailah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan yang muncul jika mengingati itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tak lagi membuka matanya selamanya .
By: 

Khamis, 8 Disember 2011

WHAT PEOPLE THINK ABOUT THIS


This is my work. What do you think?



















KOTA BHARU – Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.
“Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet.
“Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini.
Zaki berkata, bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya akan mengamuk setiap kali ibu bapanya menghalang dia bermain internet, malahan anak berkenaan juga pernah mengancam akan membunuh diri jika dihalang.
Beliau berkata, pesakit itu belum ditemuinya dan perawat Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ akan membantu anak berkenaan supaya pulih semula.
Dalam pada itu, katanya, dianggarkan 60 peratus rakyat di negeri ini masih mempercayai bomoh melalui perubatan tradisional, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan ajaran agama.
Menurutnya, walaupun zaman berubah, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih mempercayai bomoh dan tukang sihir.
“Berdasarkan pengalaman kami sebagai perawat, dianggarkan 60 peratus rakyat di Kelantan mencari bomoh terutama ketika mereka mengalami gangguan atau mengesyaki ada penyakit. Amalan dan budaya menemui bomoh ini masih tinggi di kalangan orang Kelantan, malahan majoriti bomoh itu mengamalkan ilmu daripada Thailand dan segelintirnya adalah bomoh Melayu,” katanya .
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kubang Kerian, Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, pihaknya mengadakan Rawatid yang membolehkan 13 kakitangan USM bakal memperoleh sijil pada majlis konvokesyen bidang itu pada 23 Disember depan.
“Kami membantu pesakit di wad mendapatkan rawatan Islam berdasarkan permintaan keluarga setelah pesakit itu tidak dikenal pasti penyakitnya atau perlu segera diselamatkan daripada gangguan jin atau sihir,” katanya.
Sinar

Jumaat, 2 Disember 2011





KUALA LUMPUR – Kemusykilan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang didapati berlumuran darah terjawab apabila remaja berkenaan rupa-rupanya telah melahirkan anak sebelum membungkus mayat bayinya itu di dalam plastik di Kampung Sungai Rasau, Sepang kelmarin.
Perkara itu terbongkar selepas bapa gadis berusia 14 tahun tersebut membawa remaja itu ke Hospital Putrajaya untuk dirawat sehari sebelum penemuan tersebut.
Difahamkan, gadis tersebut telah empat kali mengalami keguguran sebelum ini.
Sumber memberitahu, sebaik dirawat, doktor mengesahkan yang suspek telah melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan masih terdapat uri di dalam rahimnya.
Katanya, salah seorang ahli keluarga suspek kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.
“Polis yang pergi ke rumah gadis tersebut pada pukul 6 petang semalam (kelmarin) telah menemui mayat bayi lelaki yang disorok di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.
“Mayat bayi itu dibungkus dalam beg plastik kuning. Siasatan awal mendapati bayi itu telah mati sebaik dilahirkan,” katanya kepada Kosmo!.
Tambahnya, remaja tersebut tinggal di rumah itu bersama ibu bapanya yang merupakan peniaga kedai runcit.
Menurut sumber itu lagi, pihaknya percaya suspek melahirkan bayi itu kurang 24 jam sebelum mayat bayi malang itu ditemui. Keadaan suspek dilaporkan stabil di hospital tersebut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah mengesahkan kes tersebut.